Constantinople begitu sangat strategik dari sudut ketentaraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antara bangsa.
Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahwa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير
و لنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w?
Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlomba-lomba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahwa tidak kurang daripada 8 kampanye yang besar dari keseluruhan 29 kampanye yang telah dilancarkan tetapi semua kampanye-kampanye menemui kegagalan. Di antaranya sebanyak 5 kampanye di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kampanye di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kampanye yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw yaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.
Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kampanye pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.
Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.
Siapakah Muhammad al Fateh?
Baginda dikenali dengan gelar ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta sejak berusia 19 tahun menggantikan ayahnya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang bangsawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kampanye peperangan. Baginda meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.
Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?
Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahnya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan padu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenarnya yang membimbing Baginda secara padu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat dari keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahwa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin untuk menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”
Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?
Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kampanye-kampanye panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropa, kurang lebih 8 km dari Kota Constantinople. Ia memimpin bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dipimpin oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?
Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Menara Bergerak
Baginda kemudian memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan dari Vatican.
Maharaja byzantine coba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan berbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatkan kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.
Bagaimanakah Constantinople ditawan?
a.Membawa kapal melalui gunung
b.Suntikan semangat jihad
Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambil kesempatan pada malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tentaranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
c.Memanjat kota
d.Karisma Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa ada tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebagian tentara Islam. Melihat keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.
Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentara Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentara yang telah membuka dan kemudian melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memasang bendera Islam di situ. Hal ini menambah lagi semangat tentara Islam dan menggetarkan pihak musuh. Mereka semua kemudian gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentara-tentara Islam menyerbu barisan pertahanan Byzantine sambil mengucapkan kalimah Allahu Akbar. Ucapan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.
e.Terowong
Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahwa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.
Penawanan Constantinople
Gereja Besar St Sophies kemudian diganti menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tentaranya. Nama Islambol kemudian diganti menjadi Istanbul.
Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?
Ketika solat Jumaat hendak didirikan untuk pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kepada semua tentaranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, silahkan duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, karena tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silahkan duduk!”. Maka sebagian dari mereka pun duduk.
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.
Adakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?
Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebu, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
I.Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.
II.Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
III.Perkembangan Tamadun
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut karena banyak masjid, sekolah dan rumah sakit yang telah dibuka. Baginda memiliki banyak ilmu pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di puncak kemenangan dan kemuliaan. Ada yang mengatakan bahwa kematian Baginda adalah karena diracun oleh doktornya yang menyembunyikan identitasnya sebagai seorang Yahudi.
Rujukan dan Penghargaan
- Dr Eaman Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007
- Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka al Kauthar Jakarta 2007
- Dr Ali Muhammad as Salabi – Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba
- Mohd Fauzi Asmuni – Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople. satuperkongsian.wordpress.com
- Hasrizal Abdul jamil – Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007. komuniti.iluvislam.com Sumber: http://zainurrashid.com/teladani-muhammad-al-fateh-pembuka-constantinople/

0 komentar:
Posting Komentar